Pengalaman ke Obihiro, Hokkaido Japan (Sub Wilayah Tokachi) dan melalui kehidupan sebagai pelajar di Jepun
Assalamualaikum
w.b.t
Setelah
beberapa entry, saya rasa saya nak share cerita saya sikit…
20 tahun
lalu, saya belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan saya. Rezeki Allah…merasai
keseronokan dan mempelajari kehidupan orang lain.
Satu
hari abah saya membawa satu set borang dan bertanya kepada saya kalau saya nak
join program pertukaran pelajar. I can’t remember how I reacted but I believed
I was so thrilled…. Sebabnya…program pertukaran pelajar tu bukan dalam negara.
Tapi pergi luar negara…(rezeki…rezeki…)
Ia
betul-betul rezeki untuk saya sebab anak kawan abah dan mak saya tak jadi nak
join. So, borang tersebut dia offer bagi kat Mak dan Abah saya.
Pernah
dengar AFS Malaysia atau Antara Budaya Malaysia (ABM)? Haa…20 tahun lepas,
memang saya tak pernah dengar…al-maklumlah saya dulu masuk boarding
school…ceruk dalam hutan.
Anyway,
dalam borang tersebut pemohon diberi senarai negara untuk dipilih. Mula-mula
saya ingat lagi, saya pilih nak pergi Jordan. Sebab saya belajar Bahasa Arab
komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi…kononnya nak polish lar kemahiran Bahasa
arab… اللغة
العربية لغة آل القرآن
Akan
tetapi…saya bukanlah dari keluarga yang kaya berharta…Cuma Mak dan Abah saya
sekadar kaya peramah dan kaya senyuman. Jadi, tidak lah mampu untuk menampung
lain-lain perbelanjaan sepanjang saya di sana nanti.
So, saya
tengok pada pilihan negara yang lain. Saya tengok negara Jepun ada bantuan dari
Embassy… boleh apply biasiswa… So, sayapun pilih la pilihan destinasi utama
saya iaitu Jepun.
Alhamdulillah…Allah
telah atur yang terbaik buat saya…Allah telah memudahkan segala perjalanan
saya. Seingat saya, saya telah lalui 2 temuduga. Takut gak la…berbanding saya
dan calon lain, mereka kelihatan bijak-bijak dan berada. Seingat saya, keadaan
saya masa tu dah jadi tak yakin. Tambahan pula, pada permohonan tersebut iaitu tahun
1996, saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya
fikir, elok saya fokus je dengan preparation SPM. Lagipun Jepun, bukannya
pilihan utama sayapun.
Tak lama
lepas tu (tak ingat berapa lama…) abah dan mak saya datang melawat saya dan
adik saya di asrama. Tak silap saya, waktu tu saya tengah ada perbincangan
untuk English debate.
Mak dan
Abah macam ok je untuk saya ke Jepun, abah pun tolong isikan borang tu. Semua
details tentang keperluan peribadi, keperluan sekolah, keperluan
kesihatan…semua abah isi. Abah saya terangkan dengan jelas bahawa saya beragama
islam dan hanya makan yang halal, Perlu mengerjakan solat 5 waktu dan saya tak
makan “babi”.
Alhamdulillah,
setelah menunggu keputusan dari pihak AFS Malaysia, akhirnya kami mendapat
khabar gembira. Keluarga angkat saya adalah dari Obihiro, Hokkaido, Jepun.
Mempunyai dua orang anak perempuan (telah bekerja dan berkahwin). Ibu dan bapa
angkat bekerja sendiri. Nama keluarga saya adalah Yoto. Mak angkat saya Akemi
Yoto dan ayah angkat pula Sachio Yoto. Nama kakak pula Mari dan Miyuki (Nama
family untuk husband depe, saya dah tak ingat…hahaha)
So,
sebelum saya berangkat, mak dan abah dah buat research. Japanese berbangga
dengan Bahasa mereka dan kurang bertutur dalam Bahasa Inggeris. Cuaca di
Hokkaido lebih sejuk berbanding di Tokyo. Demi anaknya yang nakal ini, mak
telah berusaha sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri saya ke sana. Kebetulan,
abang saya belajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS) dan
mengambil Bahasa Jepun sebagai subjek elektif. Atas permintaan mak saya, abang
saya telah memohon cikgu jepun dia untuk mengajar saya.
Hish…terlupa
plak saya apa nama dia…huhuhu…
Lagi
sekali saya sangat bersyukur sebab kebetulan cikgu jepun tu memang asal dari
Sapporo, Hokkaido, Jepun. (Sapporo adalah ibu negeri di Hokkaido).
Saya belajar menulis huruf-huruf tersebut dalam hiragana dan katakana. Hiragana seperti yang di sebelah ni manakala katakana pula digunakan bila kita nak tulis perkataan yang diimport (foreign words to Japanese).

Pembacaan
pula sikit-sikit je. Cikgu Cuma focus pada perkara asas dan Bahasa mudah dalam
Bahasa Jepun khususnya Japanese greetings dan ayat-ayat mudah.
Selepas
selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sayapun mula lah
mempersiapkan diri untuk ke Jepun selama 11 bulan di bawah Program Pertukaran
Pelajar AFS/ABM.
Jika tak
salah saya, saya berlepas ke Jepun pada bulan Mac 1997. Setiba di Narita
Airport, kami di sambut dan menjalani sesi orientasi ringkas bersama AFS Japan.
Pelajar AFS Malaysia ke Jepun hanya 8 orang. Kami semua berpecah, ada yang dihantar tinggal bersama keluarga angkat di Kepulauan
Honshu (Tokyo, Yokohama, Kyoto, Osaka, Kobe, Hiroshima dan Nagoya) dan saya
pula ke Hokkaido.
Hokkaido
ni besar, ada sub-wilayah dan bandar dalam sub-wilayah tersebut. Bandar
terbesar di Hokkaido adalah Sapporo. Keluarga saya tinggal di Obihiro. (di
bawah sub-wilayah Tokachi). Saya bersekolah di Makubetsu-cho. Kelas 2A, Kohryo
High School, Makubetsu-cho (sub-wilayah Tokachi).
Mengenang
kembali waktu mula-mula sampai di Tokachi Airport, Obihiro…terasa cuaca sejuk menusuk
ke tulang sebab pakai baju kurung dengan jaket biasa. Bila tiba di dewan
ketibaan saya di sambut oleh Pegawai/sukarelawan AFS, Mak angkat saya
(Akemi Yoto), Ayah angkat saya (Sachio Yoto),
kakak-kakak saya (Mari dan Miyuki) dan kawan-kawan kakak saya.
So,
perkara pertama yang kami buat adalah shopping. Okaasan (panggilan mak dalam bahasa jepun) dan Otousan (panggilan ayah dalam bahasa jepun) beli frying
pan dan utensils baru serta pinggan dan mangkuk baru untuk kegunaan saya. Ini
kerana bagi menghormati agama islam disamping menjaga keperluan saya. Malam
tersebut, Oya-ji (parents) menyediakan temaki-sushi (手巻き寿司). Malam tu, selain dengan Ibubapa angkat, ada juga
kakak-kakak saya serta kawan-kawan dia. Since ada kakak dan kawan-kawan dia,
dapatlah saya berbual dalam Bahasa Inggeris.
Malam tu
nak tidur, rasa macam budak kecil pulak. Okaasan sediakan bilik tidur saya
sementara saya mandi shower (シャワー). Towel
kecil je…towel good morning…hehehe…tapi jangan bimbang, kita bawak towel dari
Malaysia…Cuma nak rasa pengalaman jadi anak jepun je…hehehe
Tandas (jamban) dan
bilik mandi adalah berbeza. Toilet kami best tau…ada heater kat toilet sit, air
pun otomatik keluar (boleh pilih pada button kat tepi dinding), dalam toilet
ada tv…hehehe..tahun 1997, kira jakun gak ler kita bila nengok kehebatan teknologi orang jepun… Manakala bilik mandi plak ada shower dan ofuro/bath tab (お風呂). (Maaf gambo takde…nanti kita balik sana, kita ambil gambar).
Bilik
tidur kita takde lah
macam Japanese stail sangat. Kita tak pakai pun futon, kita ada katil, ada
heater…almari personal cuma bantal je cam orang jepun. Bantal tu macam ada
biji-biji manik. Mula-mula rasa pelik, tapi lama-lama rasa sangat selesa.
For the
first time in my life, people tuck me to bed…hehehe… Okaasan tuck me dan letak
beberapa teddy bear untuk teman saya tidur. Dia kata dia bimbang kalau saya
homesick…hehehe…
Maka
tidurlah saya malam tu…sebab esok nak kene beli barang-barang sekolah pulak
termasuk uniform dan kasut sekolah. Lagipun kasut yang saya pakai tak sesuai, kasut
sport biasa…mudah tergelincir… Perbelanjaan mak dan ayah angkat tanggung…some
adalah biasiswa.
Ni depan rumah saya..hehehe…
Kalau pada musim salji…penat nak kene angkut salji dan susun salji tepi rumah. Kalau
tak, nanti nak parking kereta susah….
Dulu,
kat bawah rumah saya ni ada kedai sukan. Macam-macam ada…mostly barangan
bolasepak. Selalu gak masuk bila mak takde kat rumah. Tapi tak mampu nak
membeli…sekadar window shopping je.
Di rumah
ini juga saya mengenali ‘softball’. Sebab dua-dua kakak saya bermain softball.
Masa musim panas dan luruh, saya dok main ‘catch ball’ sorang-sorang tepi rumah
sementara tunggu ayah saya balik kerja. Bila dia sampai, dia akan join…he throw
and I catch…huhuhu…sweet tak ayah saya?
Kehidupan saya di Jepun lebih
manja berbanding di Malaysia. Di Malaysia, saya banyak berdikari sebab adik
beradik ramai dan saya bersekolah di asrama penuh. So, bila di Jepun, saya jadi
anak bongsu. Semua orang focus kat saya je. Hehehehe……
Ni waktu
saya balik ke rumah dalam tahun lepas. Main snowman (雪だるま) sorang-sorang sebab ayah pergi
kerja. Yang warna putih depan tu adalah mesin basuh…hahaha…keluarga kami ni
pengusaha kedai barangan elektrik. So, banyak junks kat tepi rumah…hahaha
23.4.2017 Kohryo High School
telah menerima kunjungan dari bekas pertukaran pelajar dari Australia, Mrs
Belinda Smith. Beliau telah ke sekolah tersebut 19 tahun yang lalu.
Comments
Post a Comment