cerita mistik di pejabat
Hari ni 2.11.2017, cerita mistik kat dalam
pejabat. Bermula dengan salah seorang rakan sekerja kami diuji dengan bunyi
someone running kat tangga dan pintu yang ditutup dengan kuat. Malam semalam
dia bekerja lewat malam dan balik ke pejabat dalam jam 3 pagi. Bila dia masuk
ke ofis untuk ambil barang dia,dia dengar orang berlari. Kuat plak tu. Lepas tu
bunyi pintu yang ditutup dengan kuat. Persoalannya, pintu sini semua kaca,
pintu rintangan api dan pintu kat tangga plak, semua ada hidraulik. Macam tak logic
la tetiba je “gedegang!!!”.
Pagi ni, bila dia datang ofis dan
mencerikan kepada kitaorang tentang apa yang terjadi, rakan sekerja yang lain mencadangkan untuk dia melihat CCTV. Mana tahu kalau semalam sebenarnya ada
pencuri. Dan pencuri tersebut terpaksa berlari keluar sebab terkejut ada orang
masuk ofis jam 3.00 pagi.
Sekembali dia dari bilik keselamatan
setelah menonton CCTV, dia bagitau kami bahawa tiada sebarang pergerakan di
kawasan tangga atau di corridor selain daripada beliau. So…apa pandangan
korang? Hahaha…
Pahni, memang takde la saya nak stay
lama-lama kat office…hahahaha
Comments
Post a Comment